Siti Nurhaliza : Kau selalu di hati , tidak ku dekati , dua dunia kita berbeza (2x) Too Phat : Cinta itu buta dan juga boleh membutakan melukakan dan sukar untuk kita lupakan Aku cinta padamu hanyalah ungkapan luahan yang jarang bermakna bila diucapkan Ini pula cerita cinta sang pujangga bukan arjuna sita bukan cinta dan rangga Mungkinkah khayalan akal mainan minda Atau lamaran puitis , dengan hasrat yang indah Kau selalu di hati (Kau selalu di hati) tidak ku dekati sentiasa ada mata jahat yang memerhati Tapi ku tak runsing tidak mungkin rindu ku pusing lihat wajahmu di setiap penjuru Senyuman di kaca kisah mu ku baca Perjuangan kita sama duka mu ku rasa (Perjuangan kita sama duka mu ku rasa) Aku pasrah saja pada yang Esa Kerna ku tahu (Kerna ku tahu dua dunia) Dua dunia kita berbeza Siti Nurhaliza: Kau selalu di hati , tidak ku dekati , dua dunia kita berbeza (2x) Too Phat : Suka di kala malam termimipi-mimpi (termimipi-mimpi) Rindu di kala siang mencari-cari (mencari-cari) Kasih sebenar tidak bertukar tidak sebentar walau dipisah lautan direnangi gelora Dan kadangkala hanyut bagaikan buah ara malu sering bersua tapi jarang bersuara Kenapa bercinta jika kesudahannya pasrah Kerana bila dilamun indahnya tidak terkata Tersimpan hasrat tiada siapa yang mengerti Harapan menggunung sampai penghujung dinanti Dipegangkan janji tetap ratu di hati Dengan izin tuhan kan bersama kapan hari pasti Sabar menanti Kesabaran diuji Berdoa dalam sujud sejadah ditangisi Aku pasrah saja pada yang Esa Kerna ku tahu Dua dunia kita berbeza Siti Nurhaliza : Kau selalu di hati , tidak ku dekati , dua dunia kita berbeza (2x) Too Phat & Siti Nurhaliza : Perjuangan seni kita tidak berpenghujung Jangan tinggal batu bernama tak berpengunjung Too Phat : Cabaran menikam , kau tidak pernah bermurung Tetap tersenyum walau kesedihan menyelubung (walau kesedihan menyelubung) Bukan rupa paras mu yang jadi ukuran Atau suaramu yang jadi bahan tuturan Ku bukan mahu hubungan tapi kejujuran Hadiah sepatah dari mu satu kesyukuran (satu kesyukuran) Tapi bila bertentang mata tidak terbentang kata (Kata apa saja) iya tapi tentang apa (iya tapi tentang apa) Wajah mu yang cantik Manis lagi Senyuman sepasti mentari timur tiap pagi Realiti sukar diatasi Tapi kesudahan indah harus bermula dengan fantasi (Fantasi) Ku rasa terhoyong-hayang antara dua dunia (Antara dua dunia) Biar khayalan ku melayang (Biar khayalan ku melayang) Siti Nurhaliza : Kau selalu di hati , tidak ku dekati , dua dunia kita berbeza (4x)