NtahSape2Ntah - Syawal Tanpa mu feat. Nawi , G 542 & Farhan lyrics

Published

0 80 0

NtahSape2Ntah - Syawal Tanpa mu feat. Nawi , G 542 & Farhan lyrics

Tika takbir memecah sunyi Tika perasaan sedih menyelubungi Ku terbayang dia yang selalu disisi Namun ku tahu dan pasti itu hanya ilusi Terkenang dahulu suasana meriah Sambut hari lebaran kami bersama Tapi kenangan tetap ditelan masa Ku hanya mampu panjatkan doa di pusara Alunan takbir membenam perasaanku Jauh ke dasar kolah tampungan air mataku Habis semua berlimpah mengisi semua lurah Seperti embun pagi, semua jatuh ditadah tanah Ternampak bayang kelibat dirimu Cubaku capai tuk berjabat mahu mohon ampun Namun kamu hanya maya cuma mainan mata Semua sudah tiada kau bawa rayaku Ku dambakan keampunan darimu Syawal yg tiba kini terasa tanpamu Suasana pilu menyapa ke hatiku Dengarkan rintihan dariku yg amat merindui mu Sebalik tirai besi tiada sapa disisi Doa pada ilahi hanya Mu yg memahami Selami mendalami diri yg menharungi Segala yg dilalui tidak guna dikesali Amat merindui mereka telah pergi Nyata realiti mereka tidak kan kembali Walau diri ini kian dipulaui dijauhi Hari raya aidilfitri tetap di rai di rasai Bertahun berlalu, Syawalku tanpamu Aku yang tak menghargai waktu bersamamu Terlalu angkuh mengejari dunia palsu Terlalu banyak dosa hanya Tuhan yang tahu Ampunkanlah kesalan kesilapan hambamu Ibu, Ayah halalkan makan, minum anakmu Di pagi Syawal ini aku menyerah Sujudku di atas sejadah, Kembali kepada fitrah Ku dambakan keampunan darimu Syawal yg tiba kini terasa tanpamu Suasana pilu bersinggah ke hatiku Tenggelam dalam kenangan lalu aidilfitri tanpamu Kini ku berharap Diterima keampunan atas kekhilafan Jika diberi masa dan ruang Akan ku terapi semula jalan Terapi semua jalan tuk pulang Tidak akan ku siakan masa lalu dengan mu Kemesraan yg terjalin tanpa rasa jemu Tidak akan ku siakan masa lalu dengan mu Kini hari lebaran tanpa kamu di sisi ku