(chorus)
lemasku dalam dakapanmu
tidakku sangka kau begitu
inikah lumrah orang bercinta
tiada ruang nafasnya
lemasku dalam pelukanmu
tidakku perlu kau begitu
inikah ertinya bercinta
berikan ruang agarku selesa
memang dia orangnya
mulanya memang sempurna
tiada yang buruk darinya
bahagia sentiasa dirasa
tapi kini dah berubah
yang indah jadi derita
aku resah gelisah
yang tinggal hanyalah sakit dan peritnya
kini, aku mula sedari,
apa yang telah terjadi
diriku dibebani bayanganmu
tapi tu semua dulu,
memang ku tidak mahu
teruskan percintaan ini bersamamu
ulang chorus
bukanku benci kepadamu
bukanku benci watakmu
percayalah kataku aku rimas, aku lemas
bukanku benci cemburumu
bukanku benci kau ekoriku
percayalah kataku aku rimas, aku lemas
kini aku sedari
apa yang telah terjadi
diriku dibebani bayanganmu
tapi tu semua dulu
memang ku tidak mahu
teruskan percintaan ini bersamamu
ulang chorus