Setiap kali kau marahi diriku ini
Tergugur jantungku tergaman membisu
Setiap kali kau kasariku tak mengerti
Kau berjanji tidak kau ulangi lagi
Tiada guna kita bersama
Jika jiwa merana
Akulah wanita
Di sini nokhtahnya, jangan kau cabar
(Korus)
Aku bukannya selemah yang kau sangka
Aku tak rela diseksa, haa
Beranikah lagi bersemuka
Rasakan kuasa, tamparan wanita
Perasaan cinta tiada lagi di dada
Hanya perasaan takut menghantu minda
Mana bisa ku percaya... janjimu dusta
Lihtalah saja luka daku kau dera
Tiada guna berkata-kata
Masanya sudah tiba
Akulah wanita
Tidak lagi gentar... jangan kau cabar
Aku perlu berdiri tanpamu
Berani berdiri kerana benar