Tunjuk-tunjuk cuba memalak Berlagak nak mengagak telan katak Ular sawa anakonda Siapa cuba patuk bisa tak ada Mereka semua sama sahaja Politikus kapitalis serta maharaja Orang hina perasan dewa Darah merah; rahsia terbuka Bantah bertengkar bersisalak Berkapak genggam batang berduri sambil menyalak Anjing hodoh sibuk jinjing si bodoh Biar perih tengok istana roboh Cermin cahaya lambung suraya Sambung cerita bangun semula Mimpi ngeri baik basuh kaki Hantu gigi makan bidadari Kelopak anak mata kering kontang Tiga malam lama tahan tidak pejam Gula-gula pandai takkan henti ditelan Mangsa diayau lari lintang pukang jalan kengkang Tanpa tentang Biar kalah pada waktu siang Janji malam tak ada pemenang Tiang-tiang aloi besi keluli Diri seorang-seorang atas bucu piramid Sikap bongkak atas dongak mula berjangkit Semut-semut mengenjit dipijak dipicit Naik rakit cuba daki gunung Tayar dah pancit masih boleh sombong Cuba perinci kata-kata kunci Belum jumpa erti sambung cari lagi Kiri dan kanan mereka menyanyi Bontot puntung rokok masih panas berapi Asas seni Tegas tak reti Bebas berkuli Lukis ilusi Hiris isi Angkat badi Akal jali Hamba mana yang kini sudah lama kembali Akur saja benar tak reti Tipu jahil senyum dalam hati Talam najis dihidang diberi Dalam terang kunang-kunang Anak sundang kadim sumbang bertukang Dosa-dosa urat mati azali Hapus kelibat gelap bayang-bayang Usus terikat tangan mula bergoyang Seratus kerat hikayat diserah Rakus dijerat dilaknat dimusnah Cicit adam beratur panjang Terjun dalam gaung mati sorang-sorang Seratus kerat hikayat diserah Rakus dijerat dilaknat dimusnah Sakit hati padi kena makan belalang Salahkan angin nangis sorang-sorang