Assalamualaikum Tangan tuk pelawa jabat ikhlas kan dijunjung Otak tertangguh, akal masih termenung... Arah anak mata melekat fokus atas bumbung Pantun seribu kerat Kan diherdik kalau tak cantik Tak cukup berat Ini bukake kata-kata orang gila Bawa warkah berita rakyat derhaka Jaringan neuron lebuhraya maklumat Bak harta karun yang sudah berkarat Kain emas putih patah sayap malaikat Bersorak meraih tipu serong kiblat Mata sepet ditipu Mata bulat merapu Kisah bunyi teratur sangkar ralat keliru Lena mata tertidur Mimpi malam seribu satu Alam gelap tampak kelabu Pengecut bersatu, cuak cerai roboh Inai akhir kan pudar pada kuku jari si hodoh Dalam sangkar tersorok tiga biji telur Bila satu retak dua turut hancur Semat rasa marah pupuk rasa benci Telan dan minum teguk cuka di pagi hari Ludahkan kahak buang muntah perut Tika hati resah dahi kening berkerut Sudah lama tahu punca poket berhabuk Jom raya sengketa, gong emas kuat diketuk Ganding bahu, cium ketiak busuk Paranoia dalam hati jadi kompas petunjuk Lajak kayuh perahu.... Biar koyak bibir dan pecah mulut Biar digelak mereka tak tahu Biar mereka gelak berpura macam tahu Ayunan suara rentas masuk kepala Tanpa ada sangsi penapis tiada Engkau tak berani lukis tanda tanya Terserap racun ulat telinga Lidah si lain menconteng tipuan Usah biar pegangan rasa sikit terancam Sambung berdegil kepala keraskan Lebih baik salah dari diperbetulkan Masa berlalu jantung lemah berdegup Frekuensi sama bosan mengantuk Henti bergerak tamatkan hidup Kau bukan supernova bintang yang meletup Tiada wajib tiada paksa Tiada pistol janji celaka Tiada mimpi tiada harta Mungkinkah noktah lebih jauh bermakna Tiada wajib tiada paksa Tiada pistol janji celaka Tiada mimpi tiada harta Mungkinkah noktah lebih jauh bermakna