Tanya khabar aku , ahya aku sihat walaffiat Duduk dengan orang lebih berumur aku minta nasihat Seraya ku ambil buku dan pena Sini ku tulis rangkap pertama Dalam hati semua sirat impi , untuk jana masa hadapan Masa makin dekat hampir , semua berbuku kedepan Hati takut makin bekat , lisan ayat dibagi makin pekat Semua berlumba ingin jadi bijak Otak beralas kan buku merata , bergalas berat bag berbata Minda hiraukan laman sosial yang so sial buat semua alpa Yang takut nanti sampai kemudian hari buat semua hampa Bakata veteran yang sudah rasai semua tamparan Yang kini lagi bencikan mayaran Sampai rangkap kedua Hilangkan semua alam durja , benci membenci Si kerama , si pemaki , si pembenci pencaci Lesapkan sementara si pujaan hati Nanti lepas SPM ungkit balik bawalah dia kemana sampai kemati Masa ini mereka hanya perusak zahir Biarkan batin menahan lendir Jangan mengelamun berangan serupa pak pandir Hiraukan , hindarkan semua Biarkan otak bertepu dengan semua dalam buku Biarkan semua asas masih berketi Lupakan semua yang sebelum Lupakan persembangan di kedai mamak Yang lagi kan berlemak , sebelum Lagi ada kata sini ku hendak bagi dalam rangkap ketiga Bertiap-tiap hari mengirakan hari sampainya waktu Bersolatkan semua fardhu Solat hajat tidak lupa Tiada lagi teman luar hendak berjumpa Dua puluh empat jam , sehari Tujuh hari , seminggu Sesaat sedetik hati sabar menunggu Berbekalkan buku di otak Tidak menyempat meluang masa riadah Berbangun di pagi kelam , buku ditadah Doa selepas tahajjud , tangan berbuka menadah Meminta kebaikan datang dari Dia' Sampai rangkap terakhir Alhamdulillah aku siap satu lagu untuk semua Nanti ada masa lapang , kan ku tulis lagi cerita benar Sudah , masanya aku menutup buku , simpan pena