HATIKU
TERBITAN : NTAHSAPE2NTAH
SENIKATA : AL-Z, FREQUENSI & RYDZARADZY
PENGGUBAH LAGU : EMIROTHESHAKES
ADUNAN MUZIK : AL-Z
PENERBIT : AL-Z, FREQUENSI & RYDZARADZY
SIAPA Man*sIA YANG PALING BERHAK
UNTUK KAMI LAYAN DENGAN SEBAIK-BAIKNYA
MAMA KEMUDIAN SIAPA IBU KEMUDIAN SIAPA UMI
[RYDZARADZY]
DI SETIAP WAKTU SEJAK DARI DULU DI SAATKU DILAHIRKAN
DARI KECIL REMAJA HINGGA KU KEDEWASAAN
DARI DIBUAIAN MERANGKAK HINGGA KU BERJALAN
DI SETIAP LANGKAH BERSAMAKU SENTIASA DI PASTIKAN
ITULAH MAMAKU IBU KU UMI KU
WALAU APA PANGGILANNYA DIA KEKAL NOMBOR SATU
SETIAP MASA SEPANJANG WAKTU
SELAMANYA INSPIRASI HARIANKU
WAHAI MAMA KAU TERISTIMEWA
TIADA TANDINGAN BUAT DIRIMU SEBENARNYA
SERINGKALI KU TERTANYA BAGAIMANA KAU BERJAYA
MEMBELAKU DARI KECIL SEORANG SENDIRI SAHAJA
KINI ANAK MAMA TELAHPUN DEWASA
TIBA GILIRANNYA PULA BEKERJA MEMBALAS JASA
HARI-HARI HARAP-HARAP MOGA MAMA BAHAGIA
KERNA SENYUMAN DAN TAWA MAMA TAK TERNILAI HARGANYA
[Chorus]
HEY MAMA HEY MAMA
HEY MA MA MA MA MA MAAA
[FREQUENSI]
CIPIKA CIPIKI CIDA TANDA SYUKUR
TIAP KALI MENATAP WAJAH MU SEPENUH HATI
TAK DAPAT KU BAYAR MASA BERHARGA DI DALAM RAHIM MU
SELAMA 9 BULAN 10 HARI
HAMPIR SEMUA RAHSIA KU CUMA DIKAU YANG TAHU
PALING SUKAR BUAT KU PALING MUDAH BUAT MU
MEMACU MASA DEPAN KU DENGAN PESAN
SEHINGGA MEMBERI KESAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
PERTAMA DI DALAM HATI
PERMATA YANG TIADA PENGGANTI
PERMAISURI YANG BERTAKHTA DI HATI
ATAU DENGAN KATA LAIN ENGKAULAH SRIKANDI
DIKALA KU MENGHADAP DUNIA DIKAU YANG PALING RISAU
PALING MASAK DENGAN SIKAP KU JUGA ITU LAH DIKAU
PENGORBANAN MU DISANJUNG TINGGI SENTIASA DI SISI
JASAMU DI SANUBARI KERNA KAUUUUU
[Chorus]
MA MA MA MA MA MA MA MA MA MA MA
[AL-Z]
INGAT TAK DULU-DULU WAKTU UMAIR KECIL DULU
WAKTU BABAH MASIH ADA DI KERAMAT PERMAI DAHULU?
WALAU HIDUP SUSAH TIADA LAIN YANG KITA PERLU
KITA HANYA ADA KITA HINGGA DIA BERKELUARGA BARU
TAKPALAH, KITA LUPAKAN YANG BERLALU
ANAK UMMI MASIH ADA, KITA BUKA BUKU BARU
BIAR APA BERLAKU, KITA TETAP BERSAMAMU
KESEMUA TUJUH-TUJUH SERTA CUCU UMMI YANG SATU
UMMI, IBUKU, UMMI
WALAUPUN TIDAK BERHARTA SEGALANYA UMMI BERI
WAHAI BABAH, MAAF JIKA BABAH TERGURIS
INI CUMA LUAHAN SEBAK DADA SI PENULIS
SELEPAS BABAH PERGI, DIALAH SUMBER REZEKI
SIANG MALAM PIKUL BEBAN UNTUK SESUAP NASI
INGIN BERKATA, TIBA WAKTUNYA NANTI
‘BIAR UMAIR BUATKAN, UMMI TAK PERLU KERJA LAGI'
[Chorus]