Assalamualaikum
Tangan tuk pelawa jabat ikhlas kan dijunjung
Otak tertangguh, akal masih termenung...
Arah anak mata melekat fokus atas bumbung
Pantun seribu kerat
Kan diherdik kalau tak cantik
Tak cukup berat
Ini bukake kata-kata orang gila
Bawa warkah berita rakyat derhaka
Jaringan neuron lebuhraya maklumat
Bak harta karun yang sudah berkarat
Kain emas putih patah sayap malaikat
Bersorak meraih tipu serong kiblat
Mata sepet ditipu
Mata bulat merapu
Kisah bunyi teratur sangkar ralat keliru
Lena mata tertidur
Mimpi malam seribu satu
Alam gelap tampak kelabu
Pengecut bersatu, cuak cerai roboh
Inai akhir kan pudar pada kuku jari si hodoh
Dalam sangkar tersorok tiga biji telur
Bila satu retak dua turut hancur
Semat rasa marah pupuk rasa benci
Telan dan minum teguk cuka di pagi hari
Ludahkan kahak buang muntah perut
Tika hati resah dahi kening berkerut
Sudah lama tahu punca poket berhabuk
Jom raya sengketa, gong emas kuat diketuk
Ganding bahu, cium ketiak busuk
Paranoia dalam hati jadi kompas petunjuk
Lajak kayuh perahu....
Biar koyak bibir dan pecah mulut
Biar digelak mereka tak tahu
Biar mereka gelak berpura macam tahu
Ayunan suara rentas masuk kepala
Tanpa ada sangsi penapis tiada
Engkau tak berani lukis tanda tanya
Terserap racun ulat telinga
Lidah si lain menconteng tipuan
Usah biar pegangan rasa sikit terancam
Sambung berdegil kepala keraskan
Lebih baik salah dari diperbetulkan
Masa berlalu jantung lemah berdegup
Frekuensi sama bosan mengantuk
Henti bergerak tamatkan hidup
Kau bukan supernova bintang yang meletup
Tiada wajib tiada paksa
Tiada pistol janji celaka
Tiada mimpi tiada harta
Mungkinkah noktah lebih jauh bermakna
Tiada wajib tiada paksa
Tiada pistol janji celaka
Tiada mimpi tiada harta
Mungkinkah noktah lebih jauh bermakna